Popular Posts

Thursday, January 13, 2011

sungai dan tasik






kenapa dengan gambar di atas.?? apakah persoalannya?
sesiapa yang pernah meneroka alam semulajadi ketika seawal 7 dan 8 tahun pasti akan teringat bagaimana aktiviti terluang mereka atau semasa bermain di luar rumah terutama tanpa pengawasan parent.. hahaha... teramat seronak! hmm.. syukuran alhamdulillah membesar di kawasan pergunungan iaitu Gunung lambak. (taip gunung lambak di google pasti jumpa) .Sentiasa bersama  seorang kakak yg di sayangi dan juga adik bongsu untuk meneroka gunung lambak dari air terjun hingga melalui anak sungai. mencari anak ikan, udang dan menjumpai buaya (sebenarnya biawak . almaklum ketika zaman kanak2 haiwan reptilia itu di sebut buaya. hmm ataupun mmg buaya betul2) serta ular.

perkara yg sentiasa di ingati ketika pergi gunung lambak adalah kawasan pokok renek dan anak sungai yg terdapatnya udang dan ikan. tetapi sekarang (2011) kawasan tersebut dah tak wujud langsung. yg ada beberapa buah rumah lot penduduk dan kawasan riadah . dulu terdapat 2 buah kolam  buatan  4segi  tepat  yg airnya sgt sejuk w/pun mandi ketika tengah hari sebab di kelilingi pokok2 yg besar dan air yg fresh dr pergunungan .

jalan yg perlu di lalui utk masuk ke kawasan gunung tersebut adalah teduhan pokok sabun yg besar dan tinggi.. (semasa bersekolah menengah masih ada pokok2 itu yg belum diterbang selebar tayar kereta proton wira) sekarang apa yg tinggal hanya pokok2 hiasan yg baru nk membesar... setinggi  160cm. betapa ruginya  sumber oksigen  manusia.. kesilapan tidak berfikir utk jangka masa panjang sepertimana singapuradan pulau pinang.. sebabnya kalau pokok2 yg dulunya tidak di terbang akan menjadi laluan jalan raya yg sangat cantik sepertimana di penang sekarang dan sekurang2nya mengurangkan pemanasan suhu sekarang..

sesiapa yg pernah memancing ataupun pernah meneroka kawasan sebelum masuk ke gng lambak pasti tahu terdapat sebuah kawasan  disebelah kiri seakan tasik kesan limpahan air dari gunung (mungkin) yg sangat cantik dan terdapat ikan2 spt ikan tioman, talapia dsbnya.. masa tu zaman kanak2 jadi lebih kpd bermain air dan tangkap anak ikan. lebih2 lagi air dari tasik itu melimpah keluar sehingga ke jalan raya .

sekarang apa yg ada.. hanya  lot rumah persendirian mewah yg tersergam cantik tp tak menarik kpd mereka yg pernah tahu keadaan disekitar itu sebelum mereka memusnahkan.. kalau sesiap perasan terdapat sebuah rumah tepi dier kolam itu.. tp air kolam itu sgt kotor. tp sekurang2nya teringat juga tasik itu dulunya ada ikan. ikan yg pernah kami tangkap. (terutama kakak ku, adik ku dan abang2 yg kaki pancing dulu)

No comments:

Post a Comment